SANDAKAN: Tarian singa merupakan tarian yang sinonim dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, tanpa persembahan tarian singa perayaan itu seakan-akan hambar kerana mengikut kepercayaan kaum Cina tarian ini mampu membawa tuah dan kekayaan selain membuang semangat jahat pada tahun baharu.
Tarian asalnya didominasi kaum Cina, hari ini ia berkembang dan turut 'dikuasai' masyarakat berbilang kaum Malaysia seiring semangat Keluarga Malaysia, malah Negeri Di Bawah Bayu di sini bukan sesuatu yang asing apabila anak muda pelbagai kaum mempelajari, bergiat aktif dan menjadi penari profesional tarian itu.
Bagi penari Maizur Maistan, 19, minat terhadap tarian singa mula berputik di jiwanya sejak kecil lagi selepas menyaksikan tarian singa setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina dan mula mendalami gerak tari dan langkah tarian singa.
Minat yang mendalam, mendorong Maizur menyertai Kelab Sukan Leong Sin sejak empat tahun lepas dan berpeluang mengadakan persembahan setiap tahun, malah kesungguhannya berlatih dan kelincahannya membuat aksi akrobatik atas tiang meyakinkan jurulatihnya untuk memberikannya tanggungjawab membawa kepala singa sewaktu mengadakan persembahan.
"Bukan soal bayaran tapi sebab saya minat, lagi pun sebagai rakyat Malaysia kita kena pelajari budaya dan tradisi semua kaum di negara ini," katanya yang ditemui Bernama selepas mengadakan latihan di sini.
Aksi akrobatik dan lompatan dari tiang ke tiang telah mencambahkan minat Ihwansyah Azroy untuk mempelajari tarian singa ketika usianya menginjak 13 tahun.
"Jurulatih banyak membantu saya menguasai tarian ini," kata anak muda berusia 20 tahun itu yang sudah enam tahun mengadakan persembahan tarian singa.
Pengerusi dan juga jurulatih tarian singa Kelab Sukan Leong Sin Sandakan, Huang Yuk Leong berkata tarian singa hari ini bukan lagi tarian kebudayaan kaum Cina sahaja, tetapi ia boleh disertai oleh semua kaum di negara ini.
"Apa kaum dan apa bangsa semua boleh, yang penting minat dan mampu main tarian singa ini, tiada sekatan atau halangan untuk menyertainya. Saya harap tarian singa terus berkembang luas dan diterima semua kaum," katanya ketika ditemui Bernama di tapak latihan tarian singa kelab itu.
Yuk Leong mula mempelajari tarian singa sejak 1984 dan bergelar jurulatih pada awal tahun 90-an sebelum menubuhkan kelab sendiri pada 2014 dan sepanjang pembabitannya beliau memenangi banyak pertandingan tarian singa sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
Ditanya cabaran melatih 30 anak muda pelbagai kaum di kelabnya sejak lapan tahun lepas, beliau berkata ia adalah dari segi bahasa terutama melibatkan peralatan yang susah untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
"Masing-masing ada tradisi, jadi mereka kena faham tradisi dan ini mengambil masa, baru mereka boleh menguasai," katanya.
Menurut Yuk Leong kelabnya tidak menghadapi masalah penglibatan kaum Melayu malah lebih yakin dengan kebolehan anak Melayu yang aktif dalam bidang itu dan turut memuji semangat yang dipamerkan mereka.
Berhubung pandangan negatif sesetengah pihak terhadap penglibatan kaum lain dalam tarian tradisi kaum Cina itu, beliau berkata tarian singa kini dimainkan oleh semua kaum bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia sehingga adanya pertandingan tarian singa peringkat antarabangsa.
Yuk Leong juga amat bersyukur pada tahun ini kerajaan negeri memberi kebenaran untuk mereka mengadakan persembahan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selepas mereka tidak dapat mengadakan persembahan pada tahun lepas akibat pandemik COVID-19.
Walaupun tempahan yang diterima tahun ini merosot hampir separuh berbanding dulu namun kebenaran yang diberikan telah mengembalikan semangat ahli persatuan untuk berlatih dan berharap dapat membuat persembahan pada setiap sambutan Tahun Baharu Cina.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Dua singa utara atau lebih dikenali sebagai Singa Beijing dari Kelab Sukan Leong Sin Sandakan menunjukkan aksi sewaktu mengadakan latihan sebagai persediaan sambutan Tahun Baharu Cina di Kelab Sukan Leong Sin ketika ditemui baru-baru ini. - Bernama
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Minat tarian singa sejak kecil - Siti Aishah
Minatnya semakin menebal apabila bapanya Mohd Farulnizam Mohd Fisah dan ibu serta seluruh keluarga memberi sokongan kepadanya.
Tahun Baharu Cina: 'Sang Singa' kembali beraksi
Selepas dua tahun berehat akibat penularan COVID-19, kini 'singa' kembali beraksi bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini.
Keluarga Malaysia: Tarian Singa jadi milik masyarakat berbilang kaum
Minat yang mendalam mendorong Maizur menyertai Kelab Sukan Leong Sin sejak empat tahun lepas.
Penganjur pertandingan tarian singa dikompaun
Video tular yang memaparkan orang ramai berkumpul menyaksikan persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baru Cina.
PKP: Banyak tempahan tarian singa dibatal - Penggiat
Kesemua tempahan mula dibatalkan sejak tiga hari lalu sebaik pengumuman penuh dikeluarkan pihak MKN.
Kerajaan buat kesilapan dalam SOP Tahun Baru Cina, dakwa Ti Lian Ker
Bagaimanapun, Naib Presiden MCA itu tidak menjelaskan tentang kesalahan berkenaan atau memberikan cadangan untuk diperbaiki.
Penari singa generasi muda komited pertahan warisan masyarakat Cina
Latihan tarian singa yang sukar bukan penghalang buat penari singa generasi muda untuk memelihara budaya tersebut.